Sabtu, 31 Mei 2014

PERHIMPUNAN KOKURUKULUM PUTERI ISLAM

Pada 10 Mac 2014 telah diadakan perhimpunan kokurikulum bulanan yang dikendalikan oleh unit beruniform Puteri Islam. Persembahan dipimpin oleh Cikgu Fatimah Hanim bt Mustaffa dan guru-guru penasihat Puteri Islam telah merakamkan aktiviti tahunan kokurikulum yang telah dirancang untuk tahun ini.




KECERIAAN MAKMAL KOMPUTER

Bertarikh 19 Februari 2014, diadakan aktiviti keceriaan makmal komputer yang dikendalikan oleh Cikgu Abdul halim bin Damad. Aktiviti keceriaan yang merupakan salah satu aktiviti tahunan makmal komputer mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada ahli.





Rabu, 14 Mei 2014

MAJLIS PERPISAHAN GPK1

Pada 31 Mac 2014 diadakan suatu majlis perpisahan untuk GPK 1 iaitu Puan Hamidah binti Nipah.Beliau telah berpindah sekolah ke SK Batang Kali dengan jawatan yang sama. Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat yang telah diberikan. Moga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.







Ahad, 27 April 2014

MAJLIS PELEPASAN BENIH IKAN

Pada 28 Januari yang lalu SK Kerling telah dijemput meraikan majlis pelepasan benih ikan di Kolam Air Panas, Kerling. Usaha ini dilakukan oleh Majlis Daerah Kuala Kubu Bharu dan Jabatan Perikanan Kuala Kubu Bharu.Majlis dismpurnakan oleh YB Adun Kuala Kubu Bharu. Beikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua.






Jumaat, 25 April 2014

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA

Pada 27 Januari, bertempat di Dewan SK Kerling, satu ceramah tentang keselamatan jalan raya telah diadakan. Tuan Zakaria dari IPD Kuala Kubu Bharu telah sudi datang untuk memberikan ceramah kepada murid-murid SK Kerling tentang keselamatan diri di jalan raya. Pn. Hajah Hasnidar selaku guru Bimbingan dan Kaunseling telah mengambil insiatif membuat program ininsehingga berjaya. Berikut adalah detik-detik perjalanan ceramah kerselamatan jalan raya yang dirakam melalui telefon mudah alih.





SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada 26 Januari 2014, telah diadakan sambutan Maulidur Rasul dengan kerjasama masjid Kerling dan Sekolah Kebangsaan Kerling. Dalam sambutan ini penyertaan PLKN, Pusat Tahfiz Lembah Beringin, SK Lembah Beringin, Penduduk Kampung Jawa & Kampung Pasir turut menjayakan program yang julung kali diadakan atas kerjasama semua pihak. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.