VISI MISI & PIAGAM PELANGGAN

VISI MISI & PIAGAM PELANGGAN

 

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat  Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

  

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan Potensi Individu

Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


PIAGAM PELANGGAN 

Kami bersedia memberikan perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan kami sebagaimana berikut :-

 

  Berusaha memberi pendidikan berkualiti kepada semua murid dengan adil dan saksama bermula hari pertama persekolahan.

 

  Melahirkan murid yang menguasai 4M berteraskan ilmu, iman, amal dan berakhlak mulia.

 

  Memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid bermasalah pembelajaran dan disiplin.

 

  Menyediakan kemudahan fizikal dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.

 

  Bertanggungjawab menjaga keselamatan, kesihatan dan kebersihan murid di sekolah.

 

  Mengadakan program pemulihan kepada murid-murid yang lemah dalam pembelajaran dan penguasaan 4M.

 

  Meningkatkan penyertaan aktif serta pencapaian dalam aktiviti kokurikulum.

 

  Mengadakan kelas tambahan dan intensif bagi murid-murid menghadapi UPSR.

 

  Mewujudkan perhubungan yang baik dengan PIBG dan agensi-agensi luar luar.

 

 

  Meningkatkan pemuafakatan dan penglibatan masyarakat dalam urusan pendidikan.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan