Selasa, 30 Januari 2018

AKTIVITI PERTAMA KOKURIKULUM

Pn. Jamilah bt Zainun selaku GPK Kokurikulum telah memberikan sedikit taklimat cara mengisi buku kehadiran kokurikulum untuk memudahkan murid mengisi dengan tepat dan kemas.  Berikut gambar yang dirakamkan untuk tatapan warga SK Kerling.







BULAN KOKURIKULUM

Bulan Kokurikulum telah dikendalikan oleh pasukan Pengakap pada 15 januari 2018.Berikut beberapa gambar peristiwa yang sempat dirakam.






Ahad, 14 Januari 2018

LAWATAN SOSIAL TUAN PPD

Pada 12 Januari 2018, Tuan PPD Daerah Hulu Selangor iaitu Encik Abu Mansor bin Sathri telah mengadakan lawatan ke SK Kerling buat kali pertama pada tahun ini. Guru Besar iaitu Encik Norazimi bin Yusof dan Encik Mahyuddin bin Omar telah menyambut kedatangan Tuan PPD.




Isnin, 8 Januari 2018

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Tarikh : 8 Januari 2018
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Kerling
Catatan peristiwa :
En. Abdul Halim bin Damad sebagai guru bertugas telah mengumumkan perlantikan pengawas sekolah bagi sesi 2018. Ketua Pengawas yang dipilih oleh AJK perlantikan pengawas ialah Faiz Zikri bin Abdul Ghani manakala Penolong Ketua Pengawas ialah Siti Aishah bt. Zubaedi Muhammad.
Perlantikan pengawas sekolah disempurnakan oleh Pn. Zahana bt. Hamdzah selaku Guru HEM dengan diiringi oleh Ustaz Mohd Hazri b. Hashim selaku Ketua Guru Pengawas.
Perlantikan Pengawas Pusat Sumber dipimpin oleh Pn. Fatimah Hanim bt. Mustaffa sebagai Guru Media. Pengawas yang dilantik bermula tahun 3,4,5&6.
Setelah selesai perlantikan, pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber membaca ikrar untuk menanam semangat dan tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
Tahniah kepada murid yang dilantik.