Sabtu, 30 September 2017

Jumaat, 29 September 2017

KUIZ HARI KEMERDEKAAN KAHOOT 2017

Tarikh : 14.9.2017
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer
Sasaran : Murid Tahap 2
Tujuan :
1. Memilih pemenang kuiz setiap tahun untuk Tahap 2.
2. Memberi pendedahan teknik menjawab kuiz yang terkini.
3. Memberi ruang murid membuka FrogVle untuk meningkatkan KPI.
4. Menambah pengetahuan sejarah Kemerdekaan Malaysia.
5. Menanam semangat patriotik dalam kalangan murid-murid.












Khamis, 28 September 2017

KLINIK BAHASA MELAYU TAHUN 5

Tarikh : 4 Julai 2017
Tempat : Bilik Mesyuarat
Sasaran : Murid Tahun 5 (Gagal BM Peperiksaan Pertengahan Tahun)
Masa : Selasa dan Rabu (sebelum rehat
Tujuan :
1. Memberi pendedahan kepada murid teknik yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan apabila menjawab soalan BM Kertas 1&2.
2. Membantu murid sentiasa bermotivasi menjawab soalan peperiksaan BM.
3. memberi motivasi kepada murid yang gagal untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan Akhir Tahun.
4. Memperluaskan penguasaan Tatabahasa muriduntuk memperbaiki Kertas 1&2.














PERLAWANAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH

Tarikh :4 April 2017
Tempat : SK Ulu Yam Bharu
Pengurus : En. Abdul Halim b. Damad
Jurulatih : En. Mohd Hazri b. Abdul Samad
Guru Pengiring : En. Mohd Nizar b. Wahab
Pemain Sekolah: Murid Th 4, 5 & 6


LATIHAN DI SEKOLAH








PERLAWANAN SEBENAR










Selasa, 26 September 2017

BANTUAN KEBAJIKAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI

Guru Besar, Guru-guru Penolong kanan dan guru-guru telah meluangkan masa menziarahi ibu bapa murid yang tinggal berhampiran sekolah untuk menghulurkan bantuan sempena menyambut Hari Lebaran. Kedua-dua ibu bapa murid Tahun 6 iaitu Akmal bin Basrah ini berada dalam keadaan yang tidak sihat dan memerlukan bantuan untuk menyambut Hari Lebaran. Peristiwa ini dirakamkan pada 20 Jun 2017. Semoga keluarga ini tabah menghadapi kesulitan dan sihat seperti sedia kala.

Guru Besar,GPKKOKU dan Ustaz Hazri bertanyakan khabar kepada En. Basrah.

Sumbangan berupakan wang kepada En. Basrah disampaikan oleh Cgu Hazri selaku Ketua Kelab Guru & Kakitangan.

Isnin, 25 September 2017

CENDERAHATI DARIPADA KELAB GURU&KAKITANGAN

Cenderahati ini diberikan oleh Pn. Suzita selaku setiausaha Kelab Guru&kakitangan kepada Pn. Norziah bt. Md Ali sempena meraikan kelahiran bayi baru. Kelab Guru dan kakitangan sekolah berbesar hati memberikan cenderahati berupa set pakaian bayi. Taniah dapat baby baru yang comel. Semoga bertambah murah rezeki dan ceria seisi keluarga Pn. Norziah.




Sabtu, 23 September 2017

LATIHAN MEMASANG KHEMAH

Tarikh: 5 Julai 2017
Tempat:  Perkarangan tapak perhimpunan
Masa:  3.00 ptg hingga 5.00 petang
Tujuan:
1. Meningkatkan pengetahuan asas mendirikan dan mengemas khemah dalam kalangan murid.
2. Mengukuhkan semangan kerjasama dan silaturrahim dalam diri murid.
3. Memastikan alatan perkhemahan cukup dan boleh digunakan untuk sebarang aktiviti perkhemahan.
4. Melengkapkan aktiviti kokurikulum unit beruniform yang diadakan pada hari Rabu.