Sabtu, 31 Mei 2014

PERHIMPUNAN KOKURUKULUM PUTERI ISLAM

Pada 10 Mac 2014 telah diadakan perhimpunan kokurikulum bulanan yang dikendalikan oleh unit beruniform Puteri Islam. Persembahan dipimpin oleh Cikgu Fatimah Hanim bt Mustaffa dan guru-guru penasihat Puteri Islam telah merakamkan aktiviti tahunan kokurikulum yang telah dirancang untuk tahun ini.




KECERIAAN MAKMAL KOMPUTER

Bertarikh 19 Februari 2014, diadakan aktiviti keceriaan makmal komputer yang dikendalikan oleh Cikgu Abdul halim bin Damad. Aktiviti keceriaan yang merupakan salah satu aktiviti tahunan makmal komputer mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada ahli.





Rabu, 14 Mei 2014

MAJLIS PERPISAHAN GPK1

Pada 31 Mac 2014 diadakan suatu majlis perpisahan untuk GPK 1 iaitu Puan Hamidah binti Nipah.Beliau telah berpindah sekolah ke SK Batang Kali dengan jawatan yang sama. Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat yang telah diberikan. Moga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.