Rabu, 10 Oktober 2018

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA


Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia telah diadakan pada 14 September 2018 di Dewan SK Kerling. Program yang diadakan ialah pertandingan baju Malaysia, basikal berhias, pertandingan mewarna untuk murid dan kakitangan SK Kerling dan sebagainya. Sambutan berjalan lancar dan cukup meriah.

















Selasa, 9 Oktober 2018

MAJLIS BACAAN YASIN

Majlis bacaan Yasin ini telah diadakan di surau SK Kerling pada malam Jumaat yang bertarikh 14 September 2018. Majlis ini diadakan sebagai usaha terakhir untuk memohon kepada Allah swt mengabulkan hajat murid dan ibu bapa agar dapat memudahkan murid Tahun 6 yang akan mengambil UPSR dikurniakan kejayaan.









Ahad, 7 Oktober 2018

LADAP HIP

TARIKH : 25.5.2018
MASA ; 2.00 PTG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK KERLING





Isnin, 1 Oktober 2018

AKTIVITI QUIZIZ MAKMAL KOMPUTER

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan untuk murid menggunakan komputer ialah menjawab soalan kuiz dari program Quiziz. Murid menjawab soalan kuiz setelah PdP dilakukan  dengan perasaan gembira di samping dapat mewujudkan persaingan yang sihat.











PROJEK PERMATA PINTAR

Murid Tahun 5&6 telah digalakkan untuk mengambil ujian Permata Pintar (UKM1). Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk memberi peluang murid menduduki ujian UKM1 dan jika lulus akan mendapat tempat di UKM2. Di samping itu, murid juga berpeluang mendapatkan sijil UKM1 ini yang bertaraf kebangsaan.