Khamis, 15 Februari 2018

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 KALI PERTAMA

Alhamdulillah dengan usaha pihak pentadbiran terutamanya GPK 1, telah diadakan satu perjumpaan antara ibu bapa murid Tahun6 dan pihak sekolah khusus membincangkan pembelajaran dan persediaan murid tahun 6 menghadapi peperiksaan PPSR pada tahun ini.
Majlis dipengerusikan oleh Pn. Zahana bt. Hamzah selaku GPK HEM buat sementara untuk memulakan majlis. Slot ucapan guru mata pelajaran diadakan untuk memberitahu ibu bapa tentang pembelajaran anak-anak mereka. Acara lafaz ikrar anak-anak Tahun 6 mengakhiri majlis perjumpaan ibu bapa tahun 6 ini yang diadakan pada tarikh 12 Januari 2018.
Guru mata pelajaran PPSR adalah seperti berikut:
- Bahasa Melayu - En. Abdul Halim b. Damad
- Bahasa Inggeris - En. Syahiran b.Al Bukhari
- Matematik - Pn. Satariah bt. Johari
- Sains - Pn. Norazimah bt. Md Ali























Khamis, 8 Februari 2018

CERAMAH PENGGUNAAN VLEFROG DALAM KALANGAN IBU BAPA DAN MURID

Satu ceramah penggunaan vlefrog dalam kalangan ibu bapa dan murid telah disampaikan oleh seorang pegawai Uniclic yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ceramah yang bertarikh 30 Januari 2018 telah disampaikan oleh En. Mohd Temizi b. Mohd Nor.











Ahad, 4 Februari 2018

PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MERENTAS DESA

Pada 22 Januari 2018 telah diadakan sambungan penyampaian hadiah untuk guru-guru dan murid Tahap 1(pertandingan melukis). Majlis diadakan pada hari Isnin tersebut kerana sambungan majlis penyampaian pada hari Jumaat. Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan.