Sabtu, 7 Oktober 2017

DERMA KEMATIAN ISTERI

Satu derma telah dihulurkan kepada Norazmi Bin Basri atas kematian isteri beliau arwah Rodiah Bt Jamaluddin. Bapa kepada murid Tahun 6 ini iaitu Nuradham Hakim Bin Norazmi telah dijemput ke sekolah untuk menerima sumbangan derma kematian yang disumbangkan oleh warga SK Kerling. Sumbangan telah disampaikan oleh Guru Besar En. Norazimi b. Yusof. Semoga bapa dan Nuradham Hakim Bin Norazmi bersabar menerima ketentuan Illahi. Didoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Ameen.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan