EN. NORAZIMI BIN MOHD YUSOF
GURU BESAR SK KERLING
Selamat bercuti
diucapkan kepada semua murid dan warga SK Kerling bermula 23 November 2017
hingga 1 Januari 2018.
Murid-murid dipohon
untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti membaca, membuat
latihan, menghadiri kelas tuisyen atau kem motivasi untuk duniawi&ukhrawi.
Program ini penting untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan ke arah membina sahsiah
serta jati diri yang terpuji.
Ibu bapa juga dinasihatkan supaya berhati-hati
semasa membawa anak melancong di dalam negara mahupun di luar negara. Semoga
kita berjumpa lagi di sekolah pada tahun hadapan dengan keadaan sihat dan
ceria. InsyaAllah. Selamat bercuti.