Khamis, 30 November 2017

UCAPAN GURU BESAR SEMPENA CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN

                                            
                                            EN. NORAZIMI BIN MOHD YUSOF
                                            GURU BESAR SK KERLING

Selamat bercuti diucapkan kepada semua murid dan warga SK Kerling bermula 23 November 2017 hingga 1 Januari 2018.
Murid-murid dipohon untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti membaca, membuat latihan, menghadiri kelas tuisyen atau kem motivasi untuk duniawi&ukhrawi. Program ini penting untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan ke arah membina sahsiah serta jati diri yang terpuji.

 Ibu bapa juga dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membawa anak melancong di dalam negara mahupun di luar negara. Semoga kita berjumpa lagi di sekolah pada tahun hadapan dengan keadaan sihat dan ceria. InsyaAllah. Selamat bercuti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan