Ahad, 10 Disember 2017

MAJLIS PENYERAHAN SLIP UPSR 2017

Tempat : Dewan SK Kerling
Tarikh : 23 November 2017
Masa : 10.30 pagi
Laporan :
Suatu majlis penyerahan slip keputusan UPSR 2017 telah diadakan di Dewan SK Kerling. Penyerahan slip ini disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En. Norazimi bin Mohd Yusof. majlis ini telah dipengerusikan oleh En. Mahyuddin bin Omar selaku Guru Penolong kanan Akademik. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pn. Jamilah selaku GPK Kokurikulum, Pn. Asiah sebagai Setiausaha UPSR, En. Abdul Halim bin Damad guru Bahasa Melayu, En. Mohd Hazri bin Abdul Samad Guru matematik, En. Syahiran bin Al Bukhari Guru Bahasa Inggeris, Pn. Norazimah bt. Md Ali Guru Sains, Ibu bapa dan murid Tahun 6.
Debaran murid tahun 6 telah dirungkaikan melalui penyerahan slip ini tanpa mengumumkan keputusan mereka kepada umum. Segala usaha yang telah dilakukan oleh guru, ibu bapa dan murid itu sendiri telah membuahkan hasil. tahniah diucapkan kepada semua murid Tahun 6 SK Kerling.
























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan