Perhimpunan rasmi diadakan di Tapak Perhimpunan SK Kerling tepat jam 7.20 pagi. Semua murid berhimpunan mengikut kelas masing-masing dengan pakaian yang serba baharu. Para guru bersedia mengikuti majlis perhimpunan hari pertama persekolahan dengan wajah yang ceria. Guru bertugas pada minggu ini ialah Puan Fatimah Hanim bt Mustaffa dan Ustazah Norlila bt Md Nasir.
Turut hadir untuk memantau perjalanan perhimpunan rasmi ini ialah Encik Fakrul Radzi bin Lokman dari pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor, Tuan Shahdan dari IPD Kuala Kubu Bharu sebagai Pegawai Seranta Sekolah dan wakil Balai Polis Kerling serta ibu bapa murid-murid.
Gambar berikut adalah rakaman detik-detik peristiwa hari pertama persekolah sesi 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan